PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sejauh mana pelaksanaan di Sekolah Kebangsaan Seri Cheding?
Oleh: Jaini bin Darsan
Apa
kata Perdana Menteri Malaysia Tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Pendidikan ialah
penyumbang utama pembangunan modal sosial dan ekonomi negara.
Pendidikan juga
merupakanpencetus kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan generasi
muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja,dan
menjadi pengupaya perkembangan ekonomi keseluruhannya. Sehubungan dengan itu,
kerajaan perlu memastikan sistem pendidikan negara berfungsi secara berkesan
untuk menjayakan Model Baru
Ekonomi, Program
Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan yang
menjadi asas
perkembangan ekonomi negara dalam persaingan ekonomi global.
Sistem
pendidikan kita merupakan tunjang pembangunan negara.Sistem ini telah
menyediakan ilmu pengetahuan dan
kemahiran kepada generasi kini dan generasi sebelumnya bagi memacu pertumbuhan
ekonomi dan memakmurkan negara. Sesungguhnya, kejayaan sistem pendidikan adalah
hasil kegigihan dan dedikasi para guru, pengetua, pentadbir, pegawai dan
kakitangan sokongan yang menjadi teras kekuatan Kementerian Pelajaran sejak
dahulu hingga kini. Bakti yang telah dicurahkan oleh mereka tidak dapat
disangkal oleh manamana pihak. Dalam tempoh lebih 55 tahun negara mencapai kemerdekaan
misalnya, kita menyaksikan peningkatan yang
ketara akses
pelbagai peringkat pendidikan. Negara boleh berbangga dengan kejayaan kita
menyediakan pendidikan rendah dan menengah rendah yang telah mencapai tahap
hampir sejagat. Kejayaan negara menyediakan peluang pendidikan dalam tempoh yang
singkat selepas merdeka telah diakui dan diiktiraf oleh pertubuhan
antarabangsa, seperti UNESCO dan Bank Dunia. Dalam usaha mencapai aspirasi yang
tinggi dalam persekitaran persaingan global yang semakin sengit, kita tidak
boleh lalai. Oleh itu, Malaysia perlu melaksanakan perubahan besar terhadap keseluruhan
sistem pendidikan semasa untuk melonjakkan pencapaian semua murid. Tidak
dinafikan bahawa proses pelaksanaan transformasi pendidikan memerlukan
pendekatan
dan strategi
baharu agar setiap murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan
dalam abad ke-21. Oleh yang demikian, transformasi pendidikan bukan sekadar
menambah
bilangan kakitangan dan kemudahan, malah perlu menjurus kepada usaha untuk
memahami dan menambah baik dinamik proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam
usaha mencapai hasrat tersebut, kerajaan mengambil langkah menggubal Pelan
Pembangunan Pendidikan. Pelan ini menyediakan kerangka pembangunan yang
menyeluruh untuk
menzahirkan
transformasi sistem pendidikan secara pantas dan mapan sehingga tahun 2025.
Bersandarkan inisiatif yang telah diperkenalkan bawah Bidang Keberhasilan Utama
Negara,
pelan
pembangunan ini menggariskan perubahan besar yang kita hasratkan. Antara lain,
perubahan yang
dimaksudkan merangkum aspek pendekatan pembelajaran murid, kaedah
pemilihan guru,
latihan guru, penyediaan ganjaran kepada guru dan pemimpin sekolah, dan
pendekatan pengoperasian Kementerian. Pelan ini dengan jelas menggambarkan
faktor
penambahbaikan
penting bagi setiap langkah dalam perjalanan transformasi yang bakal dilalui.
Kesemua matlamat
ini melambangkan cita-cita kita yang tinggi. Namun, saya yakin kita berupaya
mencapainya. Hal ini termasuklah memastikan enrolmen sejagat pada pelbagai
peringkat pendidikan, iaitu daripada prasekolah hingga menengah atas dalam
tempoh 10 tahun akan datang, mengurangkan separuh jurang pencapaian antara
kelompok kaya dengan miskin, bandar dengan luar bandar, dan antara negeri dalam
tempoh yang sama, meningkatkan kedudukan pencapaian negara daripada kelompok
sepertiga terbawah kepada kelompok sepertiga teratas dalam kalangan negara yang
menyertai pentaksiran peringkat antarabangsa, seperti PISA dan TIMSS, dalam
tempoh l5 tahun akan datang, dan membina sistem pendidikan yang mengasuh kanak-kanak
untuk menghargai keunikan identiti sebagai warganegara Malaysia. Secara
keseluruhannya, hasrat ini mesti dicapai melalui pengagihan sumber yang
terancang dan teliti, dan seterusnya memastikan setiap ringgit dibelanjakan
untuk meningkatkan keberhasilan dan kemenjadian murid. Pada kesempatan ini,
saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pelajaran
dan semua pihak yang menyumbang kepada pembinaan Pelan Pembangunan Pendidikan ini.
Saya akui bahawa bukanlah mudah untuk melaksanakan transformasi sistem
pendidikan, dan kita bakal berdepan dengan pelbagai cabaran sepanjang tempoh
pelaksanaannya. Tetapi percayalah, bukan sahaja kerajaan dan Kementerian
Pelajaran yang
komited untuk mencapai kesemua matlamat ini, malah saya secara peribadi juga
komited. Dengan berganding bahu bersama-sama rakyat, saya amat yakin bahawa
kita akan terus
tabah dan dapat
memastikan setiap matlamat berjaya dicapai. Daripada ibu bapa, anggota
masyarakat sehinggalah sektor swasta, kita semua mempunyai peranan dalam
meningkatkan kualiti system pendidikan negara yang akan membantu menyemai benih
kejayaan
anak kita, yang
dapat kita laksanakan dengan bangganya. Insya Allah, marilah kita harungi
perjalanan yang menguja, mencabar dan amat penting ini secara bersama, sebagai
satu
bangsa.
YAB Dato’ Sri
Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Perdana Menteri
Malaysia
1.
Konsep
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Malaysia sedang
berhadapan dengan cabaran yang getir dalam usaha menyediakan sistem pendidikan
berkualiti. Perkembangan sosiobudaya yang sihat dan pembangunan ekonomi mapan
bergantung pada keupayaan menambah baik keberhasilan sistem pendidikan negara
dengan cepat
dan berkesan,
serta signifikan kepada keperluan negara. Rakyat Malaysia juga menuntut supaya
pelaksanaan inisiatif yang dirancang oleh Kerajaan adalah tekal, berkesan dan
berjaya memenuhi hasrat semua pihak. Oleh yang demikian, adalah penting untuk
mewujudkan kerjasama antara pihak berkepentingan melibatkan murid, guru,
pemimpin sekolah, pegawai Kementerian serta pihak awam untuk menghadapi cabaran
ini dengan pendekatan dan strategi baharu yang lebih kreatif dan inovatif.
Berdasarkan penyelidikan dan penilaian yang mendalam dan menyeluruh terhadap sistem
pendidikan semasa di Malaysia, pelibatan awam, dan rundingan dengan pelbagai
kumpulan berkepentingan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
menghasilkan laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan. Pelan ini berhasrat
merintis peluang yang lebih luas ke arah keberhasilan rakyat yang berpendidikan
tinggi dan berdaya saing. Pendidikan memainkan peranan penting dalam perkembangan
ekonomi dan pembangunan sesebuah negara. Untuk itu, proses pembelajaran dan
pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah merupakan penentu utama kejayaan
masa depan negara. Dalam ekonomi global masa kini, kejayaan sesebuah negara bergantung
pada pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyatnya. Maka
tidak menghairankan sekiranya sesebuah negara yang mempunyai rakyat berpendidikan
tinggi mampu menjana ekonomi dengan pesat demi kemakmuran negara. Pendidikan
juga merupakan asas pembentukan negara bangsa yang bersatu padu. Melalui
pendidikan, individu berpeluang meningkatkan kualiti hidup, menjadi ahli
masyarakat yang berjaya, serta aktif menyumbang kepada pembangunan negara. Pendidikan
juga menyumbang kepada penghayatan nilai dan perkongsian aspirasi apabila
individu dari pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik
berinteraksi serta belajar memahami dan menerima perbezaan. Nilai dan
pengalaman yang dikongsi akan mengukuhkan lagi perpaduan dan membentuk satu
identiti nasional. Oleh yang demikian, sistem pendidikan negara mesti berupaya
melahirkan generasi yang mempunyai matlamat dan impian yang sama ke arah
pembangunan negara Malaysia yang lebih maju pada masa depan. Baru-baru ini,
sistem pendidikan negara sering menjadi perhatian dan bahan perdebatan. Polemik
ini berbangkit disebabkan jangkaan ibu bapa semakin meningkat, manakala majikan
pula menyuarakan kebimbangan tentang keupayaan sistem pendidikan negara dalam menyediakan
generasi muda Malaysia dengan ilmu, kemahiran, dan nilai murni untuk menyumbang
kepada pembangunan ekonomi abad ke-21. Lazimnya, kepelbagaian dan kompleksiti
sistem pendidikan sesebuah negara yang ingin melaksanakan transformasi
mengambil masa selama beberapa tahun sebelum hasilnya dapat dizahirkan dan dilihat.
Oleh yang demikian, Kerajaan dan Kementerian perlu segera memulakan tindakan
berani, bersungguh-sungguh, dan drastik dalam melaksanakan transformasi yang
penting dan kritikal ini. Pelan Pembangunan Pendidikan ini dihasilkan oleh
Kementerian melalui kajian dan penilaian yang mendalam serta pelibatan meluas pihak
awam. Berdasarkan kedudukan pencapaian sistem pendidikan Malaysia pada masa
kini dan cabaran yang bakal ditempuhi, Pelanini bermatlamat mengukuhkan visi
dan aspirasi sistem pendidikan Malaysia sehingga tahun 2025. Pelan ini juga
menyediakan hala tuju dasar dan inisiatif pelaksanaan yang direncanakan dengan
terperinci bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara yang dinamik serta
memenuhi hasrat
dan keperluan semua.
Pelaksanaan
di Sekolah Penulis Bagi Mancapai Objektif
PPPM
Sebelum kita membincangkan objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025, perlu kita lihat ASPIRASI yang terkandung dalam PPPM kerana objektif
PPPM berdasarkan apriasi ini, dan bagaimana penulis mengaplikasikannya dalam pengurusan
organisasi.
OBJEKTIF
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Pelan
Pembangunan Pendidikan ini telah dirangka bagi menghadapi cabaran abad ke-21 berasaskan
dasar dan laporan terdahulu yang sangat besar pengaruhnya. Pelan ini
berfokuskan cara membangunkan dan meneruskan perkembangan, serta menambah baik
sistem pendidikan
secara
berterusan. Bagi tujuan itu, Pelan Pembangunan Pendidikan dirangka berasaskan tiga objektif yang khusus seperti yang
berikut:
1. Memahami
prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia
berfokuskan
penambahbaikan akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti),
merapatkan
jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid
serta
memaksimumkan keberkesanan
sistem;
2. Mewujudkan
visi dan aspirasi yang jelas untuk system pendidikan
dan setiap murid
bagi
13 tahun yang seterusnya sehingga tahun 2025; dan
3. Menggariskan
program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan,
termasuk perubahan utama dalam
Kementerian Pelajaran Malaysia, yang membolehkan sistem
ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yangmeningkat serta menyokong
transformasi perkhidmatan awam.
Pelaksanaan
di Sekolah Bagi Mencapai Objektif Pelan Pembangunan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Ojektif 1 - Memahami
prestasi dan cabaran semasa
1. Sistem
pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan,
meningkatkan standard (kualiti), merapatkan
jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid
serta memaksimumkan keberkesanan sistem;
Pelaksanaan
di Sekolah
1.1 Penambahbaikan
akses kepada pendidikan – Akses didefinisikan sebagai ‘jalan masuk’ atau
kata lain peluang mendapatkan sesuatu.
Bagi
keperluan akses di atas, bilangan peratusan
enrolmen pelajar belajar di sekolah ini bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 6 pada
tahap 100 peratus kecuali pendidikan prasekolah yang hanya mencapai 73.33
peratus kemasukan daripada 75 tempat yang disediakan untuk murid prasekolah di
sekolah ini.
1.2 Meningkatkan Standarad (Kualiti)
Sehubungan
dengan itu, sekolah bukan sahaja memberikan akses atau peluang untuk menikmati
pendidikan di sekolah malah sekolah dijadikan sumber akses meningkatkan
standarad (kualiti) , sebagai contoh penetapan Standarad Kualiti Pendidikan
Malaysia (SKPM) oleh setiap sekolah mesti selaras dengan pencapaian sebenar
sekolah.
Berikut
diberikan contoh pengisian penetapan standard kualiti sekolah penulis pada tahun
2012 sedangkan kalau menurut PPPM kualiti pendidikan dibandingkan dengan peringkat antarabangsa
namun dalam pelaksanaan di sekolah, pencapaiaan dibandingkan pada peringkat
daerah, negeri dan negara. Dengan cara ini setiap sekolah dapat melihat ranking
di daerah, negeri atau negara. Pada prinsipnya, perbandingan ranking yang
dibuat dapat menjana usaha setiap pengurus dan pemimpin sekolah bagi
meningkatkan kualiti kecemerlangan sekolah masing-masing bardasarkan dimensi
dan elemen yang ditetapkan dalam (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia) SKPM
seperti contoh di bawah. Dokumen ini merupakan satu-satunya dokumen yang diguna
pakai pada hari ini bagi menentukan sejauh mana pelaksanaan dasar dan arahan
kementerian di peringkat sekolah. Selain
itu pelbagai kaedah dan cara digunakan bagi membantu peningkatan kualiti pendidikan
pada peringkat sekolah. Antaranya program-program berkaitan akademik,
kokurikulum dan perkembangan staf bagi menyahut cabaran dan matlamat
kecemerlangan yang dihajatkan. Semua program tersebut menjurus kepada menyahut
dasar PPPM yang mahukan kualiti dicapai pada setiap organisasi yang secara
langsung akan menyumbang kepada peningkatan kualiti akademik kepada negara dan
peringkat global amnya.
Berikut di gambarkan beberapa peristiwa kepada usaha
peningkatan kualiti akademik yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah
penulis.
|
|
LINUS
|
Budaya Sekolah - Perhimpunan pagi
|
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
sekolah penulis.
Data
skor yang diberi berdasarkan Dimensi dan Elemen yang telah ditetapkan mesti
menunjukkan keadaan sebenar sekolah. Ranking Sekolah ditentukan oleh jumlah
besar peratusan dan Gred Purata Sekolah (GPS) dalam pencapaian peperiksaan awam
(UPSR Tahun Semasa ). Kecemerlangan sekolah diukur oleh ranking tersebut. Untuk
mencapai peningkatan ranking sekolah pada peringkat kebangsaan pengurus sekolah
mesti mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi tentang Standarad Kompetensi
Pengurusan dan Kepimpinan .
1.3 merapatkan jurang perbezaan
pencapaian (ekuiti)
Dalam hai ini pengurusan sekolah telah berusaha
menggerakkan dan melaksanakan Perancangan Strategik dan menentukan (SWOT) yang
dilihat sebagai kekuatan dan kekangan bagi mengurus setiap unit dan sumber
terutama kurikulum yang dapat digunakan
bagi meningkatkan kecemerlangan keputusan peperiksaan awam yang dijadikan
perbandingan bagi melihat jurang perbzaan antara sekolah-sekolah Bandar dan
luar Bandar. Usaha gigih pengurus sekolah , guru-guru dan komuniti setempat
terutama dalam melaksanakan SARANA SEKOLAH & SARANA IBUBAPA yang disarankan
dalam PPPM diharapkan akan dapat
merialisakikan inspirasi ini.
ProgramTaklimat Tuisyen Rakyat 1Malaysia(‘TR1M) bersama Ibubapa murid Tahun 5 dan Tahun 6
yang diharapkan dapat menjana kecemerlangan akademik anak-anak secara on-line
dengan bantauan dan pemantauan ibubapa
1.4 menggalakkan
perpaduan dalam kalangan murid
Memupuk perpaduan bukan sahaja bagi sekolah-sekolah
yang mempuyai pelajar-pelajar berbilang kaum. Bilangan pelajar di sekolah
penulis seramai 347 orang. Pelajar bukan Melayu
seramai 4 orang. Tidak semestinya bilangan pelajar bukan Melayu
yang seramai 1.15 peratus itu pihak
sekolah tidak perlu melaksanakan program memupuk perpaduan. Pada hakikatnya
memupuk nilai perpaduan bukan sahaja bagi pelajar dan masyarakat berbilang kaum
tetapi bagi suatu bangsa yang berbilang fahaman politik, budaya, sosioekonomi
dan cara hidup. Suatu bangsa yang
berbilang fahaman politik, budaya, sosioekonomi dan cara hidup ini perlukan
nilai perpaduan supaya kehidupan mereka boleh bekerjasama antara satu sama lain
tanpa ada perasaan berpuak-puak dalam kalangan mereka. Perasaan dan cara hidup
berpuak-puak memang wujud dalam kalangan komuniti masyarakat di sekolah
penulis. Secara tidak langsung ia wujud dalam kalangan pelajar-pelajar di
sekolah ini. Sehubungan dengan itu, pengurus sekolah mesti mebuat perancangan
strategik bagi membendung keadaan sebegini. Antara cara yang di amalkan oleh
penulis bagi memastikan mereka yang berbagai fahaman ini memberikan kerjasama
kepada sekolah penulis mengambil pendekatan turun padang dengan mendekati
seluruh masyarakat kampung. Penulis
sedaya upaya bersama dalam program dan aktiviti masyarakat kampong seperti
majlis perkahwinan, kematian dan mendekati mereka di warung-warung kopi
sekiranya berkesempatan. Setelah setahun penulis bergaul bersama mereka jurang
perbezaan dan tanggapan negatif terhadap sekolah telah kian pudar dan mereka
akan turut serta dalam program-program sekolah. Antara contoh yang ingin
penulis kongsi dalam kertas kerja ini adalah ‘sekolah macam musuh’. Minggu
pertama penulis cuba mendekati ahli komuniti di sini, penulis telah diceritakan
dengan pelbagai perasaan tidak puas hati daripada kalangan ahli masyarakat di
sini. Mereka mengatakan pengurus dan guru-guru sombong dan ada yang mengatakan
‘jangan sampai ada guru yang kena penangan’ atas tindakan mendenda anak-anak
mereka. Selain itu maklumat daripada pihak guru pula, komuniti masyarakat tidak
memberikan kerjasama mahupun member apa-apa sumbangan pada setiap program
sekolah antaranya sukan tahunan. Kalau nak mohon sumbangan duit lagi sukar. Ini satu cabaran yang perlu dipikul oleh
penulis dan perlu diselesaikan dengan pendekatan yang sangat halus dan teliti
kerana ia melibatkan nilai kepercayaan
dan itegriti. Namun setelah setahun penulis menyelami hati komuniti
masyarakat di sini perkara tersebut dapat diatasi. Kerjasama dan komitmen
mereka terhadap program-program sekolah telah bertambah baik, sekolah mudah
mendapat sumbangan mahupun tenaga atau wang ringgit daripada mereka. Inilah
nilai perpaduan sebenar yang perlu difahami oleh semua para pengurus sekolah.
Tidak semestinya hanya pada dasar perbezaan kaum namun lebih daripada itu.
1.5
memaksimumkan keberkesanan
sistem;
Sistem dalam objektif PPPM ini lebih merujuk kepada kaedah atau method
bagaimana peruntukan kewangan, sukatan
palajaran, kandungan pelajaran dan arahan pekeliling pendidilkan yang
diturunkan oleh pihak kerajaan dapat dilaksanakan bagi memaksimumkan
keberhasilan atau kemenjadian murid seperti mana yang digariskan dam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Sekiranya organisasi sekolah masih kurang cekap dalam
menangani kaedah tersebut bermakna organisasi sekolah itu gagal memaksimumkan keberhasilan murid. Oleh hal
demikaian, Standard 4 dalam SKPM iaitu
standarad pencerapan pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah
sebagai satu contoh yang mesti dilaksanakan dengan berkesan bagi memastikan
keberhasilan dalam pendidikan menjadi kenyataan. Keberhasilan tersebut akan
menyumbang kepada peningkatan pencapaian akademik sekolad, daerah, negeri,
negara dan seterusnya pada peringkat global. Barulah negara dapat bersing
dengan negara-negara lain dalam bidang pendidikan.
Objektif 2. Mewujudkan
visi dan aspirasi yang jelas untuk system pendidikan
dan setiap murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga tahun 2025; dan
Visi
dan Aspirasi
Sistem
pendidikan sesebuah negara wajar didasarkan pada aspirasi yang berkait rapat
dengan konteks negara itu. Walaupun terdapat perspektif yang berbeza tentang
perkara yang menjadikan sistem pendidikan Malaysia hebat, namun hampir semua
pihak berkepentingan setuju bahawa sistem ini perlu ditambah baik bagi memenuhi
harapan dan jangkaan rakyat. Dalam
kertas kerja ini telah digambarkan bagaimana objekti1 PPPM berkaitan
asprasi PPPM dilaksanakan dalam perenggan di atas. Namun bagi membincangkan dua
aspek berkaitan masa depan sistem pendidikan, iaitu gambaran sistem pendidikan
setelah ditransformasi, dan harapan serta aspirasi setiap murid di Malaysia
akan dibincangkan dalam perenggan ini.
Setiap sekolah
mempunyai visi dan misinya sendiri sebagaimana yang digariskan oleh kepimpinan
di atas iaitu Jabatan Pelajaran Negeri
dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Tetapi persoalannya, sejauh manakah visi
dan misi tersebut dilaksanakan bagi mencapai matlamat pendidikan setelah sistem pendidikan ditransformasi, dan adakah harapan serta aspirasi
setiap murid di Malaysia akan tercapai sepanjang dan setelah pelaksanaan PPPM.
Tugas mentransformasikan visi dan misi PPPM adalah pengurus sekolah dan
guru-gurunya namun pada peringkat awal pelaksanaan terdapat banyak kekangan
yang dihadapi sebangai contoh dalam penggunaan gajet untuk mengakses system
on-line dalam semua perkara berkaitan pendidikan masih perlu dibaiki dan
ditingkatkan. SAPS dan SPPBS adalah dua contoh aplikasi on-line yang masih
pelukan penambahbaikan bagi melancarkan proses penyaluran data yang akan
digunakan oleh pihak jabatan mahupun kementerian. Peningkatan pemahaman dalam
kalangan guru berkaitan PPPM juga mesti seiring dengan pelaksnaan PPPM. Guru
adalah sebagai pihak pelaksana, sekiranya pelaksana berprestasi rendah hasilnya
juga rendah. Ini akan mengganggu kelancaran pelaksanaan PPPM.
Contoh:
Sistem Pengurusan Pentaksiran yang diguna pakai dalam pelaksanaan PPPM
Objektif 3. Menggariskan
program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan, termasuk
perubahan utama dalam Kementerian Pelajaran Malaysia, yang
membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat
serta menyokong transformasi perkhidmatan awam.
Bagi memastikan
objektif ke-3 PPPM ini pihak sekolah mesti faham dan menghayati semua program transformasi pendidikan secara menyeluruh
dan memenuhi permintaan dan jangkaan yang digariskan oleh pihak Kementerian
Pelajaran. Berikut 11 Anjakan PPPM yang mesti dihayati dan dilaksanakan oleh
semua warga pendidik sama ada dari peringkat pelaksana atau ke peringkat pembina dasar. Segala keterangan berkaitan
objektif 3 ada dinyatakan di bawah;
PPP menggunakan 11
anjakan utama yang akan dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun dan membabitkan 3
fasa atau dipanggil gelombang dalam memastikan anjakan dalam sistem pendidikan
negara. Dalam muka surat 22 ada disenaraikan 11 fokus anjakan dalam
mentransformasikan sistem.
"Gelombang
pertama membabitkan penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan, di mana keperluan
guru diberikan penekanan serta pelajar akan diberikan tumpuan dalam pembangunan
kemahiran asas mereka.
Bagi gelombang kedua, rancangan pelaksanaannya akan dilakukan berasaskan perkembangan dan pencapaian semasa.
Untuk gelombang ketiga pula, bermula 2020 hingga 2025, kuasa autonomi membabitkan pentadbiran sekolah akan diberikan."
Antara 11 anjakan tersebut adalah :
1. Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa.
2. Memastikan Setiap Murid Profisien Dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
3. Melahirkan Rakyat Malaysia Dengan Penghayatan Nilai.
4. Tranformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan.
5. Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Di tempatkan Setiap Sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan Sekolah Untuk Menyediakan Penyelesaian Khusus Berasaskan Keperluan
7. Memanfaatkan ICT Bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran Di Malaysia.
8. Mentranformasi kebolehupayaan dan Kapasiti Penyampian Kementerian.
9. Bekerjasama Dengan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Secara Meluas.
10. Memaksimumkan Keberhasilan Murid Bagi Setiap Ringgit.
11. Meningkatkan Ketelusan Untuk Akauntabiliti Awam Secara Langsung.
BAGAIMANA
ISU DASAR PPPM DISALURKAN
1 Penyaluran Maklumat PPPM Kepada Pengurus
Sekolah dan Guru
Tuesday, September
11, 2012- Laporan
awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (PPP) baru sahaja dilancarkan oleh
Perdana Menteri kita pagi tadi di Kuala Lumpur Convention Centre.
Sejak pelancaran laporan
awal PPPM, semua pengurus sekolah telah diberikan taklimat awal supaya bersedia untuk menguar-uarkan pelan
tersebut kepada seluruh peringkat organisasi dan komuniti di sekolah
masing-masing. Bagi penulis taklimat tersebut telah disampaikan sendiri oleh
Pegawai Pelajaran Daerah. Kemudian penulis menjelaskan PPPM kepada semua warga
sekolah dalam mesyuarat guru dan kakitangan sekolah pada 26 Disember 2012.
Salinan 11 anjakan dan 3 peringkat gelombang
pelaksanaan PPPM telah diberikan kapada semua guru untuk dibaca dan
dihayati. Penulis mengharapkan agar semua guru akan bersedia untuk melaksanakan
segala dasar dan kehendak serta matlamat
yang ingin di capai dalam PPPM.
2 Penyaluran
Maklumat PPPM Kepada Pelajar
Maklumat berkaitan
PPPM disampaikan sendiri oleh penulis pada hari pertama sesi persekolahan. Penulis
mengharapkan seluruh pelajar berusaha meningkatkan prestasi akademik
masing-masing untuk diri, keluarga dan sekolah.
3 Penyaluran
Maklumat PPPM Kepada IbuBapa
Penyaluran maklumat
berkaitan PPPM juga telah disampaikan kepada ibubapa pelajar sekolah penulis
pada perjumpaan ibubapa Tahun 6 dan Mesyuarat Agung PIBG sekolah penulis.
Penerangan terperinci tentang PPPM telah diberikan. Selain itu paparan tentang
Sarana Ibubapa yang terkandung dalam PPPM ada dimuat turun dalam blog sekolah
dan boleh dibaca oleh ibubapa. Soal selidik dan borang-borang kajian berkaitan
komitmen para palajar, guru dan ibubapa telah dianalisis dan telah dibuat
kesimpulan atas kefahaman dan penyertaan mereka dalam membantu proses
pelaksanaan PPPM.
Blog sekolah penulis yang memaparkan komitmen
sekolah tentang dasar dan pelaksanaan PPPM
Selain itu, taklimat
bagaimana mengakses maklumat pencapaian dalam peperiksaan anak-anak mereka
melalui SPPBS seperti dalam objektif 2 juga telah diadakan.
4 Penyaluran Maklumat PPPM Kepada Komuniti
Masyarakat
Yang
Berbeza Amalan Politik
Komuniti masyarakat
di persekitaran sekolah penulis memang kuat mengamalkan politik yang berbeza
namun penulis dapat menggunakan pengaruh dan khidmat mereka bagi membantu
menyumbang tenaga dan kewangan dalam program-program di sekolah. Antaranya
sumbangan disalurkan kepada program
Tilawah Zon Utara, Pertandingan Bola Baling Daerah dan sukan tahunan sekolah.
Program-program ini memerlukan dana kewangan yang besar, peruntukan wang
kerajaan tidak dapat menampung. Oleh hal demikian sumbangan daripada mereka
banyak membantu pihak sekolah. Dalam pemilihan jawatankuasa PIBG sesi 2013-2015
semua ahli yang terpilih terdiri daripada individu yang mempunyai fahaman
politik yang berbeza. Mereka dapat memberi kerjasama yang sebaiknya untuk
pembangunan pendidikan di sekolah ini. Sebagai contoh ‘TR1M’ seperti mana yang
dinyatakan dalam objektif 1.3 PPPM, taklimat dan program tersebut adalah dari
satu parti politik tetapi mereka yang hadir dapat menerimanya demi kejayaan
anak-anak mereka. Akhirnya…..
Sistem
pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi
sepenuhnya. Setiap pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, dan masyarakat mempunyai
peranan penting dalam memastikan generasi muda ini mencapai aspirasi yang
diharapkan. Pelan Pembangunan Pendidikan akan terus menterjemahkan semangat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang merencanakan pendidikan seimbang sebagai asas
mencapai aspirasi murid. Pelan Pembangunan Pendidikan ini juga mengambil
pengajaran daripada sistem pendidikan berprestasi tinggi bagi membangunkan
unsur murni dan kecekapan tertentu yang diperlukan oleh murid untuk berjaya dan
berkembang maju dalam dunia global yang semakin mencabar. Sehubungan itu,
semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tentang pendidikan seimbang merangkumi
enam elemen (Ekshibit 2-3). Elemen ini bukan sahaja menekankan kepentingan
pengetahuan dan kemahiran, tetapi juga pembangunan kemahiran pemikiran kritis,
kreatif dan inovatif; kemahiran memimpin; kemahiran dalam bahasa Malaysia dan
bahasa Inggeris; sahsiah dan nilai serta semangat identiti nasional yang kuat.
Elemen ini turut memberi penekanan kepada usaha bagi membolehkan semua murid
memberikan sumbangan yang bermakna kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Pengetahuan
Pada peringkat
paling asas, setiap murid perlu memiliki keupayaan literasi dan numerasi
sepenuhnya. Aspek ini melengkapkan mereka dengan kemahiran hidup asas, serta
berfungsi secara berkesan dalam masyarakat bagi membolehkan mereka memupuk
nilai untuk diri
sendiri,
masyarakat, dan negara. Di samping itu, penting bagi murid menguasai mata
pelajaran teras seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, dan
Sejarah. Sebagai murid yang serba boleh, mereka juga digalakkan untuk
mendapatkan maklumat dan pengetahuan dalam bidang lain, seperti seni, muzik,
dan sukan. Selain pengetahuan dalam bidang ini, murid juga perlu mempunyai
kemahiran mengaplikasi pengetahuan ini dalam situasi harian.
Kemahiran
Berfikir
Setiap murid
perlu mempunyai semangat ingin tahu, dan belajar cara untuk terus mendapatkan
pengetahuan sepanjang hayat, mampu menghubung kait pelbagai pengetahuan, dan
yang paling penting dalam ekonomi berasaskan pengetahuan ialah mewujudkan
pengetahuan baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang
penting:
Pemikiran
Kreatif dan Inovatif: kemampuan menginovasi, menjana
kemungkinan baharu, dan mencipta idea atau pengetahuan baharu;
Penyelesaian
Masalah dan Penaakulan: keupayaan meramal masalah dan
mendekati isu secara kritis, logik, induktif, dan deduktif bagi mencari
penyelesaian, dan akhirnya membuat keputusan; dan
Keupayaan
Belajar: keupayaan memacu pembelajaran sendiri, dengan kemampuan
menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat. Sejarah membuktikan bahawa
sistem pendidikan memerlukan penambahbaikan bagi membolehkan murid yang kurang
mampu mengaplikasi pengetahuan serta berfikir secara kritis di luar konteks akademik
biasa. Sehubungan itu, sistem pendidikan menjadi lebih penting bagi membantu
setiap murid memperoleh kemahiran berfikir.
Kemahiran
memimpin
Kemampuan
bekerja dengan berkesan dan memimpin orang lain adalah penting, terutamanya
dalam dunia yang semakin saling bergantung. Dalam Dialog Nasional, kepentingan
memupuk kepimpinan dan keupayaan bekerja secara berkesan dalam satu pasukan
bagi setiap murid sering dibangkitkan. Sistem pendidikan berusaha membantu setiap
murid mencapai potensi penuh mereka melalui pelibatan sebagai pemimpin, serta
bekerja dalam kumpulan. Dalam konteks system pendidikan, kepimpinan mempunyai
empat unsur:
▪▪
Keusahawanan: mengambil inisiatif untuk mewujudkan dan membangunkan
penyelesaian sendiri, dan bagi tujuan itu sanggup membuat pelaburan daripada
sumber sendiri, serta terdorong untuk memastikan penyelesaian itu dizahirkan;
▪▪ Berdaya
tahan: membangunkan cara berfikir yang konstruktif serta mampu menghadapi
rintangan;
▪▪ Kecerdasan
emosi: berupaya memahami dan bekerja secara berkesan dengan orang lain
serta mampu mempengaruhi mereka secara positif; dan
▪▪
Keterampilan komunikasi: berupaya memberikan pendapat dan hasrat secara
lisan dan bertulis dengan jelas. Sekolah perlu menggunakan peluang yang
disediakan di dalam bilik
darjah melalui
aktiviti berasaskan projek dan kerja kumpulan, aktiviti di luar bilik darjah
melalui sukan, seni, serta aktiviti kokurikulum dalam membangunkan keperibadian
murid.
Kemahiran Dwibahasa
Setiap
kanak-kanak menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, dan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa komunikasi antarabangsa. Setiap
kanak-kanak juga berpeluang mempelajari bahasa tambahan. Kepelbagaian Malaysia
yang unik dan warisan berbilang budaya memberikan kelebihan daya saing kepada
semua. Oleh itu, dalam jangka
masa tertentu,
semua murid dari semua kumpulan etnik dan komuniti digalakkan untuk belajar
sekurang-kurangnya tiga bahasa (bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa lain
seperti bahasa Mandarin, bahasa Tamil, dan bahasa Arab, serta bahasa ibunda
lain seperti bahasa Iban
dan bahasa
Kadazan Dusun) bagi membolehkan mereka bekerjasama dan berkomunikasi secara
berkesan dengan rakan dalam kalangan rakyat Malaysia dan juga negara jiran
dalam dunia global masa kini.
Etika
dan Kerohanian
Sistem pendidikan
akan mempersiapkan setiap murid supaya berani menghadapi cabaran masa depan,
menyelesaikan konflik secara aman, membuat keputusan yang wajar dalam situasi
kritikal, dan mempunyai keberanian melakukan apa yang betul. Penekanan
diberikan kepada setiap murid dengan mewujudkan satu set prinsip, termasuk
nilai bersama yang kukuh yang didukung oleh semua rakyat Malaysia:
▪▪
Kerohanian: mempunyai pegangan agama yang kuat dan mengamalkannya sebagai
asas hidup, serta mendukung standard moral yang tinggi;
▪▪ Integriti:
mempunyai keberanian, disiplin, dan semangat untuk melakukan perkara yang
betul; dan
▪▪
Tanggungjawab sivik: bertindak untuk kebaikan negara, mengambil
berat terhadap
orang lain dan alam sekitar, dan memiliki keupayaan yang mendalam untuk memberikan
sumbangan kepada masyarakat.
Identiti
Nasional
Rakyat Malaysia
perlu mempunyai perasaan tidak berbelah bahagi tentang identiti nasional,
berpegang teguh dengan prinsip Rukunegara untuk perpaduan dan masa depan
Malaysia. Setiap murid tanpa mengira etnik, kepercayaan, taraf sosioekonomi
atau tempat berbangga menjadi
rakyat Malaysia.
Pencapaian matlamat patriotisme ini memerlukan semangat keterangkuman yang
diperoleh dengan belajar memahami perbezaan dan bertolak ansur, menerima dan
menghormati orang lain, dan juga untuk hidup bersama dalam kepelbagaian
masyarakat Malaysia. Identiti nasional juga memerlukan setiap murid memahami
sejarah Malaysia, berkongsi pengalaman dalam dan luar sekolah, dan berkongsi aspirasi
untuk masa depan Malaysia.
Keberkesanan
Strategi Penulis Dalam Menyampaikan Maklumat Kepada Seluruh Warga
Organisasi dan Komuniti Setempat
Kesimpulannya,
sebagaimana contoh dan gambaran yang telah penulis jelaskan dalam perenggan di
atas, penulis percaya bahawa maklumat berkaitan PPPM telah berjaya disampaikan
kepada golongan sasaran. Penulis berharap agar kecemerlangan pendidikan dapat
direalisasikan di sekolah penulis pada tahun-tahun mendatang. Bak kata pepatah
’perahu sudah di air, pendayung sudah ditangan’ hanya mahu atau tidak kita
menggerakkannya.
Rujukan:
1
Laporan Awal Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025- Kementerian
Pelajaran Malaysia.
2
Berita Harian, 11 September 2012.
3
apps.moe.gov.my/sppbs/Pentaksiran
Berasaskan Sekolah
4
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
5
skserichedingbba1015blogspot.
No comments:
Post a Comment