PROGRAM MENTOR MENTEE
2016
PENDAHULUAN
Untuk mencapai
kecemerlangan, sesuatu usaha yang jitu haruslah dilakukan.
Sejajar dengan misi
dan visi sekolah yang menitikberatkan pencapaian cemerlang murid-murid dari
segi kurikulum, kokurikulum dan perkembangan sahsiah. Bagi mencapai tujuan ini,
semua pihak perlu menggembling tenaga bagi menjayakannya. Perubahan dan
kemajuan dalam bidang pendidikan yang pesat dan sentiasa berubah mengikut
peredaran masa menuntut kita warga pendidik agar sentiasa bersedia menghadapi
apa jua rintangan. Sehubungan dengan itu, salah satu program ke arah
kecemerlangan yang boleh membantu ialah Program Mentor Mentee.
MATLAMAT
1.
Membantu pihak sekolah melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu, berakhlak
mulia, berkembang secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek serta memenuhi keperluan negara menjadi sebuah negara maju.
2.
Menjadikan Sekolah Kebangsaan Seri Cheding sebagai sekolah contoh di
daerah Kuala Langat.
OBJEKTIF
1.
Membantu dan membimbing murid-murid (mentee ) mengesan potensi dan
menanam keyakinan diri untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
UPSR 2016.
2.
Memantau perkembangan pelajaran Mentee dari semasa ke semasa agar
mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Ketua Panitia ataupun sekurang-
kurangnya berada pada tahap lulus.
3.
Mewujudkan perhubungan mesra di antara murid-murid dan guru-guru SKSC
dan seterusnya guru-guru boleh membantu menyelesaikan masalah mereka
khususnya yang berkaitan dengan pelajaran.
4.
Melahirkan murid-murid SKSC yang mempunyai sahsiah yang terpuji.
5. Mewujudkan
sikap hormat dan sayang murid-murid terhadap rakan mereka,
guru-guru dan sekolah.
KUMPULAN SASARAN
Semua murid Tahun Enam
seramai 47 orang.
PERSONALIA
Semua guru yang
terlibat sebagai Mentor diminta dapat memberi kerjasama dan
komitmen terhadap tugas mereka dalam membimbing Mentee yang
telah ditetapkan terdiri daripada dua orang satu kumpulan.
TARIKH
PERJUMPAAN
Bermula bulan
Januari sehingga murid-murid menduduki Ujian Penilaian Sekolah
Rendah iaitu pada bulan September.
TATACARA
1.
Perjumpaan mingguan diadakan pada setiap hari Rabu iaitu dari pukul
1.10
hingga 1.30 tengah hari.
i)
Perjumpaan pertama ( Perjumpaan suai kenal )
ii)
Perjumpaan seterusnya khusus untuk membincangkan masalah atau
perkembangan pelajaran Mentee.
2. Jika
Mentee terlibat dengan sebarang urusan luar pada hari berkenaan,
bolehlah diubah ke tarikh lain pada minggu berkenaan. Mentor haruslah
memberitahu Mentee jika ada sebarang perubahan hari perjumpaan.
3. Tempat
perjumpaan ditetapkan oleh Mentor.
PERANAN MENTOR
1. Membina
hubungan mesra dengan Mentee dan mewujudkan kejelekitan
supaya apa jua masalah berkaitan pelajaran dapat diselesaikan.
2. Memberi
bimbingan dan dorongan kepada Mentee agar mempunyai
keazaman dan keyakinan untuk menghadapi peperiksaan.
3. Memberi
bimbingan cara belajar dengan berkesan dan sistematik kepada
Mentee.
4. Mengadakan
perjumpaan mingguan dengan Mentee dalam kumpulannya
untuk mengetahui perkembangan pelajaran dan memberi teguran membina.
Juga bertanyakan jika ada hal-hal peribadi Mentee yang mengganggu
pelajaran.
5.
Perkara-perkara lain yang difikirkan dapat membantu mencapai objektif
program.
6.
Mewujudkan hubungan baik dengan ibu bapa Mentee.
PERANAN MENTEE
Menghadiri perjumpaan
dengan Mentornya untuk:
1.
Membincangkan perkembangan pelajaran semasa.
2.
Melaporkan keputusan ujian ujian bulanan, peperiksaan semester dan ujian
percubaan untuk dibincangkan bersama bagi meningkatken prestasi mereka.
3
Membincangkan apajua masalah yang mengganggu pelajaran mereka.
4.
Mendengar dan menerima sebarang teguran daripada Mentornya dengan
hati yang terbuka dengan tujuan untuk meningkatkan prestasi.
5.
Berkongsi pendapat dengan rakan Menteenya untuk bersama-sama
memperolehi keputusan yang cemerlang dalam UPSR.
PENILAIAN
1.
Penilaian berterusan dari semasa ke semasa berdasarkan keputusan ujian,
peperiksaan semester dan UPSR Mentee.
2.
Perkembangan sahsiah Mentee melalui pemerhatian di dalam dan di luar
bilik darjah dan juga berdasarkan laporan guru-guru lain.
3.
Berpandukan buku log semasa perjumpaan mingguan bersama Mentee.
DISEDIAKAN
OLEH:
HASNAH
BINTI MOHAMED ANNUAR
SETIAUSAHA
KURIKULUM SKSC
No comments:
Post a Comment