Friday 2 June 2017

PELANCARAN KUTIPAN SUMBANGAN & LARIAN JOGATHON PIBG 2017


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sedikit perkara yang ingin kami kongsikan tentang hasrat dan harapan berkaitan cadangan PEMBINAAN TAPAK PERHIMPUNAN  BERBUMBUNG @ DEWAN TERBUKA SKSC.

                     Kami berharap Tuan/Puan sealiran fikrah dan pandangan dalam hal ini agar usaha ini dapat digarap secara bersama-sama.

                    Ada beberapa faktor atau rasional kepada cadangan pembinaannya :-

1. Umur SKSC telah mencapai lebih 50 tahun , namun fasilitis / kemudahannya sangat terhad. SKSC   tidak mempunyai BILIK KHAS seperti sekolah-sekolah lain.

2. Murid berpanas dan berhujan untuk perhimpunan rasmi.. 

3. Guru berkongsi tapak parkir dengan tapak perhimpunan murid-murid. 

4. Dewan sekolah SKSC  merupakan KELAS PERDANA. 
    Kerap berlaku PdPC perlu dikorbankan untuk memberi laluan kepada aktiviti/majlis sekolah.

5. SKSC tidak layak menerima peruntukan bangunan tambahan kerana enrolemen murid yang 
    kecil dan bilangan murid semakin menguncup. 

6. Semua sekolah sekitar telah mempunyai dewan terbuka yang besar dan canggih seperti 
    SK Sijangkang , SK Kebun Baharu , SJKC Peng Ming , SJKT Telok Panglima Garang dan yang  
    terkini SJKC Jenjarom (nilai dewannya RM 9 juta ), ternyata wujudnya memberi banyak   
    kelebihan  kepada mereka. 

7. Sebagai mercu tanda baru sempena penubuhan SKSC selama lebih 50 tahun. 

8. Kita mengambil peluang untuk menginfaqkan tenaga , usaha , idea , wang ringgit , dan apa-apa 
    yang mampu demi untuk kemudahan awam. 


                 Semoga menjadi amal jariah kita di alam kubur dan akhirat nanti.....
Akhirnya, kami serahkan kepada Allah S.W.T untuk membalas segala kebaikan yang telah tuan/puan lakukan untuk anak-anak murid dan sekolah ini. 



      MAJLIS PELANCARAN KUTIPAN SUMBANGAN & LARIAN JOGATHON PIBG 2017