KURIKULUM


ZAMRI BIN SHARIFF
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN












BENGKEL PENINGKATAN AKADEMIK 2016 
(ANJURAN PANITIA MATEMATIK)








PROGRAM MENTOR MENTEE 2016

PENDAHULUAN

Untuk mencapai kecemerlangan, sesuatu usaha yang jitu haruslah dilakukan.
Sejajar dengan misi dan visi sekolah yang menitikberatkan pencapaian cemerlang murid-murid dari segi kurikulum, kokurikulum dan perkembangan sahsiah. Bagi mencapai tujuan ini, semua pihak perlu menggembling tenaga bagi menjayakannya.  Perubahan dan kemajuan dalam bidang pendidikan yang pesat dan sentiasa berubah mengikut peredaran masa menuntut kita warga pendidik agar sentiasa bersedia menghadapi apa jua rintangan. Sehubungan dengan itu, salah satu program ke arah kecemerlangan yang boleh membantu ialah Program Mentor Mentee.


MATLAMAT
1.   Membantu pihak sekolah melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu, berakhlak
      mulia, berkembang secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
      intelek serta memenuhi keperluan negara menjadi sebuah negara maju.

2.   Menjadikan Sekolah Kebangsaan Seri Cheding sebagai sekolah contoh di
      daerah Kuala Langat.



OBJEKTIF
1.   Membantu dan membimbing murid-murid (mentee ) mengesan potensi dan
      menanam keyakinan diri untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
      UPSR 2016.

2.   Memantau perkembangan pelajaran Mentee dari semasa ke semasa agar  
      mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Ketua Panitia ataupun sekurang-
      kurangnya berada pada tahap lulus.

3.   Mewujudkan perhubungan mesra di antara murid-murid dan guru-guru SKSC
      dan seterusnya guru-guru boleh membantu menyelesaikan masalah  mereka
      khususnya yang berkaitan dengan pelajaran.

4.   Melahirkan murid-murid SKSC yang mempunyai sahsiah yang terpuji.

5.   Mewujudkan sikap hormat dan sayang murid-murid terhadap rakan mereka,
      guru-guru dan sekolah.  

KUMPULAN SASARAN

Semua murid Tahun Enam seramai 47 orang.


PERSONALIA
Semua guru yang terlibat sebagai Mentor diminta dapat memberi kerjasama dan komitmen terhadap tugas mereka dalam membimbing Mentee yang telah ditetapkan terdiri daripada  dua orang satu kumpulan.


TARIKH  PERJUMPAAN
Bermula bulan Januari sehingga murid-murid menduduki Ujian Penilaian  Sekolah Rendah iaitu pada bulan September.



TATACARA
1.   Perjumpaan mingguan diadakan pada setiap hari Rabu iaitu dari pukul 1.10
      hingga 1.30 tengah hari.

i)    Perjumpaan pertama ( Perjumpaan suai kenal )
ii)   Perjumpaan seterusnya khusus untuk membincangkan masalah atau
      perkembangan pelajaran Mentee.

2.   Jika Mentee terlibat dengan sebarang urusan luar pada hari berkenaan, 
      bolehlah diubah ke tarikh lain pada minggu berkenaan. Mentor haruslah
      memberitahu Mentee jika ada sebarang perubahan hari perjumpaan.

3.   Tempat perjumpaan ditetapkan oleh Mentor.


PERANAN MENTOR
1.   Membina hubungan mesra dengan Mentee dan mewujudkan kejelekitan
      supaya apa jua masalah berkaitan pelajaran dapat diselesaikan.

2.   Memberi bimbingan dan dorongan kepada Mentee agar mempunyai
      keazaman dan keyakinan untuk menghadapi peperiksaan.

3.   Memberi bimbingan cara belajar dengan berkesan dan sistematik kepada
      Mentee.

4.   Mengadakan perjumpaan mingguan dengan Mentee dalam kumpulannya
      untuk mengetahui perkembangan pelajaran dan memberi teguran membina.
      Juga bertanyakan jika ada hal-hal peribadi Mentee yang mengganggu
      pelajaran.

5.   Perkara-perkara lain yang difikirkan dapat membantu mencapai objektif
      program.

6.   Mewujudkan hubungan baik dengan ibu bapa Mentee.


PERANAN MENTEE
Menghadiri perjumpaan dengan Mentornya untuk:

1.   Membincangkan perkembangan pelajaran semasa.

2.   Melaporkan keputusan ujian ujian bulanan, peperiksaan semester dan ujian
      percubaan untuk dibincangkan bersama bagi meningkatken prestasi mereka.

3   Membincangkan apajua masalah yang mengganggu pelajaran mereka.

4.   Mendengar dan menerima sebarang teguran daripada Mentornya dengan
      hati yang terbuka dengan tujuan untuk meningkatkan prestasi.

5.   Berkongsi pendapat dengan rakan Menteenya untuk bersama-sama
      memperolehi keputusan yang cemerlang dalam UPSR.


PENILAIAN
1.   Penilaian berterusan dari semasa ke semasa berdasarkan keputusan ujian,
      peperiksaan semester dan UPSR Mentee.

2.   Perkembangan sahsiah Mentee melalui pemerhatian di dalam dan di luar
      bilik darjah dan juga berdasarkan laporan guru-guru lain.

3.   Berpandukan buku log semasa perjumpaan mingguan bersama Mentee.


DISEDIAKAN OLEH:

HASNAH BINTI MOHAMED ANNUAR
SETIAUSAHA KURIKULUM SKSC






PANITIA BAHASA ARAB







JAWATANKUASA PANITIA BAHASA ARAB 2016

 PENASIHAT I                           :  Encik Noor Faiz bin Dasuki

PENASIHAT II                          :   Encik Mohd. Jamali bin Basirun   

KETUA PANITIA                      :   Puan Norhaidah binti Abidin

SETIAUSAHA                            :   Puan Norhalida binti Haji Yahyah

BENDAHARI                             :   Puan Norhaidah binti Abidin

AHLI JAWATANKUASA           :   Cik Asmaa' binti Abdul Jalil

                                                         Cik Nor Solehah binti Baharudin



AKTIVITI-AKTIVITI PANITIA BAHASA ARAB 2016

JANUARI

04-15 JANUARI 2016

TRANSISI BAHASA ARAB TAHUN 1








ANALISA UJIAN BULANAN & PEPERIKSAAN 2016 / BAHASA ARAB


 UJIAN BULANAN 1  / MAC 2016






PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN  / MEI  2016




    Disediakan oleh :-
Norhaidah binti Abidin (KP Bahasa Arab)

No comments:

Post a Comment