Info Sekolah



SEJARAH SEKOLAH

            Sejarah sekolah ini bermula pada tahun 1966 apabila permohonan mendapatkan sebuah sekolah telah diluluskan oleh Pejabat Pelajaran Selangor. Balai raya adalah bangunan pertama yang dijadikan sekolah dan diberikan nama Sekolah Kebangsaan Batu 3,Bukit Cheding.

            Terdapat 4 orang guru dan jumlah murid seramai 73 orang.Guru Besar pertama yang bertugas di sini ialah Encik Hashim bin Haji Sirat iaitu dari 26 Januari 1966 hingga 31 Disember 1966. Beliau digantikan oleh Encik Ariffin bin Bahaudin dari 01 Januari 1967 hingga 31 Disember 1971.

            Pada awal tahun 1967, kampong ini mendapat bangunan sekolah yang pertama.Bangunan yang didirikan daripada papan dan batu itu mempunyai 4 buah bilik darjah dan sebuah pejabat.Ia menelan belanja sebanyak RM45,000.00.

            Bangunan ini siap dibina dan telah mula digunakan pada 23 Februari 1968. Seramai 120 orang murid,5 orang guru termasuk guru besarnya Encik Ariffin bin Bahauddin telah di[pindahkan ke bangunan ini dari balai raya.

            Bangunan ini telah dirasmikan serentak dengan perasmian kampong ini oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Idris Shah Ibni Sultan Salahuddin Abd. Aziz Shah,pemangku Sultan Selangor pada 13 Oktober 1972.Sempena perasmian itu,sekolah ditukar nama menjadi Sekolah Kebangsaan Kampong Seri Cheeding.

            Pertambahan murid pada tahun berikutnya  menyebabkan kekurangan bilik darjah.Waktu persekolahan tepaksa dijalankan pada 2 sessi.Pada tahun 1975,waktu persekolahan kembali dijalankan pada 1 sessi sahaja atas kehendak penduduk kampung.Masalah ini dapat diatasi dengan menumpang sementara di sekolah agama yang berhampiran.

            Kerja-kerja pembinaan bagi bangunan kedua dimulakan pada awal tahun 1980 tetapi terbengkalai disebabkan masalah kontrak. Ianya disambung semula pada tahun 1981 dan siap dibina pada 04 September 1981.Bangunan ini telah mula digunakan pada 23 Februari 1982.

            Bangunan ini merupakan bangunan batu 2 tingkat yang mempunyai 4 buah bilik darjah,sebuah bilik serba guna,sebuah bilik pejabat,sebuah bilik surau,sebuah bilik stor,tandas guru dan murid.



BANGUNAN TAMBAHAN

#   Blok B – Bangunan 2 Tingkat dibina pada Tahun 1981. Digunakan pada Tahun 1982.
#   Blok C – Bangunan 3 Tingkat dibina pada Tahun 2002. Digunakan pada 13.03.2003
#    Bangunan Pra Sekolah 2 Bilik Darjah dibina pada tahun 2011. Digunakan pada 27.01.2012

PENGASAS SEKOLAH

            Encik Budin bin Ali ialah ketua kampung yang pertama di Kampung Seri Cheding.Beliau merupakan  seorang tokoh yang tegas dan pandai berpolitik.Beliau disegani di kampung ini dan juga di daerah Kuala Langat.

            Beliau juga seorang yang mementingkan pendidikan sebagai ilmu yang menjamin masa  depan individu.Beliau yang disokong peuh oleh penduduk kampung telah memohon kepada Pejabat Pelajaran Selangor untuk mendapatkan sebuah sekolah di kampung ini.

            Hasil usaha Encik Budin bin Ali itu telah menyuluh cahaya ilmu di kampung ini pada tahun 1966.Maka beliau dianggap sebagai tokoh pengasas sekolah ini. Beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Kampung selama 10 tahun dan telah meninggal dunia di rumahnya disebakan sakit jantung pada tahun 1970.

BIL

NAMA GURU BESAR

MULA

TAMAT

1

Encik Hashim bin Haji Sirat

01.01.1966

31.12. 1966

2

Encik Ariffin bin Bahaudin

01.06. 1967

31.12.1971

3

Syed Aziz bin Syed Abdullah

01.01.1972

31.12.1978

4

Tuan Haji Khalid bin Maun

01.01.1979

31.12.1983

5

Encik Md. Salleh bin Abu Bakar

01.01.1984

31.06.1986

6

Encik Hassan bin Ismail

01.07.1986

31.12.1986

7

Puan Ramnah binti Haji Dahlan

01.01.1987

01.06.1987

8

Encik Durman bin Sarbani

01.07.1987

15.06.1993

9

Encik Ngasri bin Kastor

16.06.1993

31.12.1996

10

Encik Aziz bin Mat Sahat

01.01.1997

14.07.1998

11

Puan Noorani binti Mohd Hashim

01.09.1998

30.06.2008

12

Tuan Haji Ahmad Ahsan bin

16.07.2008

05.09.2011

13

Tuan Haji Jaini bin Darsan

16.09.2011

26.12.2016

14

Noor Faiz bin Dasuki

27.12.1916

07.10.2018

15

Abdullah Mokhti bin Saimi

08.10.2018

HINGGA KINI

 

 

 

 


GURU DAN STAFF SKSC 2021









LENCANA SKSC


           Lencana SKKSC pada dasarnya berbentuk dua bulatan yang bertindih  dan berlainan saiz.Lencana SKKSC mempunyai ukuran garis pusat 1.8 cm.

            Dua buah bulatan ini disusun begitu rupa hingga membentuk lambing bulan sabit yang berwarna kuning bagi melambangkan semua murid beragama Islam.
Di atas bulan sabit ini pula dituliskan nama sekolah iaitu SKKSC.

            Di bahagian dalam bulatan bulan sabit terdapat hiasan daun teh berwarna hijau.Memetik daun teh adalah merupakan pekerjaan utama penduduk pada masa itu.

            Di bahagian  tengah bulatan terdapat sebuah buku yang merupakan gedung ilmu.Buku merupakan bahan utama dalam pendidikan.

            Menganjur dari bahagian bawah bulatan ke atas terdapat sebuah obor yang menunjukkan semangat murid-murid  sentiasa berkobar-kobar dalam menuntut ilmu.Di bahagian kiri dan kanan obor pula terdapat jalur-jalur cahaya yang menunjukkan daripada buku  tersebut terdapat ilmu  yang boleh memberi  cahaya dan menerangi masa depan murid-murid.

            Di bahagian luar bulatan pula dihias dengan reben yang ditulis dengan cogan kata sekolah “Cita Usaha Jaya” .Warna hijau yang terdapat  ada sebahagian besar lencana ini meunjukkan  sebahagian besar penduduk kampung atau penjaga murid bekerja sebagai petani.

            Lencana ini dibuat  daripada kain dan murid-murid akan menampalkan lecana tersebut pada pakaian masing-masing.



   CITA  USAHA JAYA
        
    Maksud Moto
          CITA membawa maksud harapan. Harapan seluruh warga sekolah samada
           pengurus, guru-guru, para pelajar dan ibubapa terhadap USAHA yang
           dilakukan oleh pihak sekolah, para pelajar dan ibu bapa dalam bidang
           pendidikan agar menghasilkan JAYA iaitu kejayaan sepertimana yang
           terdapat pada Misi dan Falsafah sekolah.
 
 
WARNA KORPORAT SEKOLAH
                 MERAH – Berani menghadapi cabaran isi pendidikan semasa.
                 KUNING – Menghormati dan Melaksana Dasar Pendidikan Negara.
                 HIJAU – Nilai Agama dan Moral dijadikan landasan.

 

BENDERA SEKOLAH



WARNA
PENGERTIAN
KUNING
Melambangkan Negeri Selangor yang berada dibawah pemerintahan beraja
PUTIH
Melambangkan kesucian
HIJAU
Menunjukkan pekerjaan asas penduduk kampung iaitu petani dan peniaga




FALSAFAH  SK SERI CHEDING


Pendidikan di SK Seri Cheding adalah suatu usaha yang berterusan guru-guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta masyarakat setempat bagi memperkembangkan potensi pelajar untuk menjadi insan yang seimbang dari segi Iman, Intelek, Emosi, Rohani dan Jasmani.
Usaha ini adalah untuk melahirkan pelajar yang beriman, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab terhadap keharmonian dan kemakmuran Negara.


PIAGAM SEKOLAH


Kami dengan sedaya upaya akan melaksanakan tugas-tugas dan amanah di bawah ini :
Ø  Mewujudkan pendidikan berkualiti bagi kecemerlangan  Kurikulum dan Kokurikulum.
Ø  Membimbing pelajar membentuk sahsiah yang mulia, sopan santun, hormat-menghormati dan bertanggungjawab.
Ø  Mengalu-alukan kunjungan, membantu masyarakat setempat dengan penuh keikhlasan dan kemesraan.
Ø  Mewujudkan budaya penyayang di kalangan pelajar-pelajar, staf dan masyarakat setempat.
Ø  Mewujudkan suasana belajar yang selesa dengan keceriaan sekolah yang bersih dan indah.
Ø  Menanamkan semangat kekitaan di kalangan pelajar supaya lahir kasih-sayang terhadap diri-sendiri, rakan-rakan dan sekolah. 




LAGU SEKOLAH

SK Kampung Seri Cheding
Sekolah yang ku cinta
Cita usaha jaya
Cogan kita semua

Hormat guru dan orang tua
Rajin usaha berjaya
Berpandukan Rukun Negara 
Diberkati yang Esa







IKRAR MURID


Bahawasanya kami,
Murid-murid SK Seri Cheding,

Dengan ini
Berikrar dan berjanji
Akan melaksanakan kewajipan kami
Sebagai murid yang peka
Dengan kehendak dan harapan
Ibubapa, Guru dan Negara
Untuk menjadi insan yang berilmu
Beriman dan bertaqwa

Kami berjanji akan sentiasa
Mematuhi peraturan sekolah
Serta menjadi murid yang berakhlak mulia
Dan sentiasa mendapat
Keredhaan Allah swt.
Kami akan berusaha mengambil bahagian
Dalam kegiatan-kegiatan sekolah
Dan sentiasa mengharumkan serta
Memelihara nama baik sekolah
 
Disediakan : Norhaidah binti Abidin 09 OGOS 2015









No comments:

Post a Comment