Kata Aluan




Assalamualaikum w.b.t 
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah, setinggi -tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Berkuasa, Allah swt. kerana dengan limpah rahmatNya dan izinNya laman sesawang Sekolah Kebangsaan Seri Cheding  terus berkembang dari masa ke semasa

Laman sesawang ini merupakan satu elemen penting dalam kemajuan sekolah yang berfungsi sebagai wahana untuk melaporkan maklumat perkembangan sekolah dan sebagai satu ruang rujukan serta mewujudkan satu lagi wadah untuk guru-guru dan pelajar mencambah idea bernas mereka.

Laman sesawang ini diharapkan dapat memberi banyak manfaat kepda pelawat dan masyarakat untuk mengenali SKSC dengan lebih dekat lagi dan dapat membawa warga  sekolah ke arah dunia siber dan melonjak kecemerlangan mereka dengan budaya ICT.

Akhir kata saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jawatankuasa Laman Sesawang SKSC atas kejayaan membangunkan dan mengemaskini laman sesawang ini.
Selamat Datang kepada semua pengunjung laman sesawang SKSC Marilah bersama kami merealisasikan 3A : Akalak Gemilang # Akademik Cemerlang #Aktif Terbilang

Sekian , terima kasih

EN ABDULLAH MOKHTI B SAIMI

Guru Besar SK Seri Cheding.










No comments:

Post a Comment